11.30.2009

malam tu...

wuwuwu, ingat lagi..masa tu hujung bulan 7, ntah kenapa la metabolism dalam badan ni gagal menjalankan tugasnyer dengan baik, siang tadi tak pasal-pasal tak masuk kelas,
sudah la ada kelas add math, tak de cikgu jangan harap nak faham[kalau ada pun tak faham-faham juga]haha..

pagi tu dapat mc, tapi satu hari je..ye la, baru hari ke-2 sekolah dalam minggu tu, takkan nak balik rumah pulak kan...

warhh! merana badan, demam selsema,batuk,sakit tekak,pening, masa tu wabak horlick 1 nescafe 1 tengah bermaharajalela..boleh dikatakan semua ciri-ciri nak dapat penyakit tu aku tengah hadapi...[nasib baik negative][H1N1]

nak dipendekkan cerita, memang sehari tu aku tak pergi sekolah, pagi, petang, dan malam...

lepas jer balik dari klinik, terus masuk bilik sakit kat asrama...tidur la aku keseorangan sampai ke petang, memang tuhan saja tahu betapa lemahnya aku hari tu.

setibanya malam, biasa la...semua pelajar akan pergi ke sekolah semula bagi meneruskan jadual harian iaitu 'prep'..[korang tahu ke?]

aku yang demam ni tak pergi sekolah la...ntah macam mana terlupa nak ajak kawan temankan aku dalam bilik sakit malam tu, sebab nak bercakap pun tak larat.

sedar tak sedar masa tu pukul 8.30 malam, semua orang dah pergi sekolah, baru aku perasan yang aku sorang-sorang je yang wujud kat asrama tu..

aku nak pergi bilik warden nak bagi tahu yang aku tak sihat, tengok punya tengok satu pun tak de,,warhhh! "macam mana ni??" dah la perempuan...

aku pun patah balik masuk bilik sakit, masa tu sangat sakit..tak ingat dah hantu ke jembalang ke, memang tak ingat, rasa macam tak sedap hati, aku pon terus telefon ibu aku nak bagitahu yang aku demam, aku tak minta nak balik pun tapi abah nak datang ambil juga malam tu..isk,isk,isk..kesian, dah la jauh, dari penang ke kedah...

lepas tu aku pun cangak lagi la, nak kemas barang..teringat beg ada dalam stor, adey..stor tu dah le tak de lampu, hujung sekali pulak tu..tapi aku masuk juga,
cari-cari tak jumpa, tak nampak langsung, kaki pulak terseliuh, aduss!

nasib baik la adA beg kecil yang aku letak dalam dorm, dari bilik sakit yang duk kat bawah aku pun panjat la tangga yang bertingkat-tingkat tu menuju dorm aku yang kat atas sekali..penat weih!

tengok jam pukul 9.15 malam, aku sempat lepak sorang-sorang dalam dorm melepaskan penat,dah abes kemas barang, turun masuk bilik sakit,,"mana la ibu aku tak sampai lagi neh"

aku pun keluar kawasan asrama nak tengok dah sampai ke belum,banyak kali ar ulang-alik keluar nak tengok..tapi tak sampai-sampai..dah malam tu gelap gelita..aku sorang ja..

tepat 11 malam..hujan lebat, lebat sangat, students tak balik-balik lagi..ibu dah sampai,
aku pon berehat dan berilex pisang la kat rumah selama seminggu,,huhu~

* * *

balik jer asrama minggu depan, ha! tetiba ada la senior ni kena histeria,wuwuwu...kalau korang nak tahu, tak payah tengok konsert rock pon tak pe sebab kalau orang yang kena ni lebih kurang macam tu le..

semenjak menjak kes tu, banyak giler aku dengar benda-benda yang pelik pasal asrama tu dan bertambah-tambah mulut-mulut bercerita diorang nampak itu, ini..faham-faham sendiri na..

bila teringat balik, fuhh! nasib baik le tak de apa-apa yang jadi kat aku masa aku sorang-sorang kat asrama tu...memang nasib aku baiklah sebab Allah lindungi...

*ramai orang kata stor yang aku masuk tu keras...eee...

No comments: