12.07.2009

kala malam menjelma

apabila mentari berlabuh, bulan dan bintang menampakkan diri mereka, lampu-lampu berkilauan di sini sana, jembalang-jembalang keluar bersiar-siar, aku akan mula membutang mata mengadap komputer sampai rasa bosan.

keadaan diri aku akan mula tidak terurus, keserabutan otak mula berputar belit, memikirkan kerja sekolah yang tak pernah pernah siap, membayang kehidupan tahun depan yang penuh dengan perjuangan bermatian dalan peperangan[SPM ler..]

dalam tengah memasukkan input-input ilmu pengetahuan, seperti selalu, gastric juice akan mengikis-ngikis dinding perut meminta untuk diberi makanan, arhh! asal tengah malam je lapar siot. apa lagi, pergi dapur la cari apa yang ada.

setiap malam begitu la, menjadi manusia terakhir tidur dalam rumah tu, mungkin dalam komuniti kat situ, kadang-kadang tidur je kat ruang tamu sorang-sorang, kat situ la komputer,buku-buku berselerak,[macam guard pulak jaga rumah] malas masuk bilik.

nak pergi tusyen tak boleh, sebab dalam bulan ni nak pindah ke negeri lain, semakin menjadi lipas kudung susah mati la menyiapkan segala khazanah yang diwasiatkan oleh sekolah pepel untuk cuti sekolah ni.

aku: serabut, jangan kacau, nanti aku telan kang.

No comments: