12.23.2009

perjuangan bakal bermula



ayuh kembali ke sekolah! ayuh kembali ke new era! [sebenarnya tak nak]..
haha, sekolah bakal bermula,oleh itu, rumah bakal saya tinggalkan mungkin untuk 1 bulan atau lebih sebab saya tinggal di asrama yang bangunannya berwarna ungu,itu dalam gambar sudah tunjuk.

2010...huh, cantik punya nombor, ini tahun SPM bakal dihadapi, tapi masih dalam keadaan kurang sedar sebab cuti 2009 ni study ala-ala macam tak mahu ambil exam,[esh..esh..]

tahun 2010 juga merupakan tahun terakhir bagi saya memakai baju sekolah putih bersama itu kain biru dan kasut hitam bertutup penuh, terakhir juga bergelar budak sekolah menengah, fuh,, habis-habis sekolah dah boleh kahwin! uisshh,,niat tak mahu lagi tapi hati gatal juga.[normal,,normal,,hormon tengah aktif]

sepatutnya SPM nanti ambil 10 subjek, baru kena dengan tahun 2010, sama kalau imbas kembali masa ambil UPSR 2005 dapat 5A, PMR 2008 dapat 8A, 2010??? waaa, tak berani nak cakap apa-apa...tinggi langit rendah bumi baru kusedar,SPM susah! saya hanya ambil 9 subjek sahaja! itu pun rasa nak hilang nyawa nak dapat semua A.

kepada teman-teman yang lahir pada tahun 1993, diucapkan semoga berjaya dalam SPM 2010[bagi mereka yang ambil la]...bagi mereka yang nak mintak biasiswa untuk lanjutkan pelajaran tu, keputusan SPM ni la yang teramat-amat penting...[saya punya target]

terima kasih kerana sudi membaca,

jika tak keberatan,doakan kejayaan saya dan rakan-rakan.

~harap maklum, kata ganti nama "aku" telah digantikan oleh "saya".[agak sopan]
sekian~ =]

No comments: