
ahakss, salam 2010, ini merupakan post yang pertama-tamanya buat tahun yang cantik punya nombor ni, diharap semua menyedarkan diri bahawa anda semua sudah semakin hari semakin ke liang lahad.Bersama-sama la kita mencari bekalan dan lauk-pauk yang sedap-sedap untuk dibawa ke alam yang seterusnya.
bulan 1, 12-1 sama dengan 11. 11 bulan sama dengan 44 minggu, tolak 1 minggu yang lepas tinggal 43 minggu, 43 minggu bakal menentu hidup lepas jawab spm. masa ni otak berkucar-kacir, serabut-serabat,fikir fasal pelajaran je.
tak de idea la nak update blog ni, sekarang kalau nak online kena kat sekolah, kat rumah dah tak boleh atas line atas line, tak boleh nak membutang mata jadi screenager tatap monitor komputer lama-lama.Kena beralih ke menenung buku-buku ilmiah yang menjamin masa hadapan.
nak balik- nak balik, ahaa..minggu ni sekolah bagi penghuni-penghuni sekolah pepel ni pulang ke rumah untuk menatap wajah abah dan ibu mereka, tak pun wajah- wajah lain yang mungkin mengangaukan seketika seperti screen komputer atau buah hati buah jantung yang entah bila nak gugur. Tapi kesedihan menyelubungi diri sebab saya selaku Ahli Pembimbing Rakan Sebaya SAINA yang penuh berkaliber dan berdedikasi ni(puji sikit diri-sendiri) tidak dibenarkan pulang atas urusan kerajaan yang melibatkan kemasukan tentera-tentera berumur 13 tahun melapor diri di penjara sekolah pepel.
~rumah dah jauh, balik naik bas la wei~ tak pun ketapi ke...best gak.
*p/s: play station:sama-sama kita berdoa semoga surat kiriman rasmi yang telah kukarang untuk menggantikan cuti yang tak boleh balik ni diluluskan~
No comments:
Post a Comment