2.03.2011

Wirawati harapan bangsa.....=D


Tahniah kerana terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 8 2011.Anda diminta untuk LAPOR TANPA GAGAL di Stadium Perak pada 3/1/2011.

Hahahaha! seminggu dekat kem aku masih tak dapat terima hakikat bahawa aku dah jadi pelatih PLKN kat kem Tegas Mesra, Selama, Perak ni.. Tak tau pula aku tempat ni wujud.

Rutin harian bermula dengan bangun pada pukul 5.30 tetapi ..."practise makes perfect"(haha) menyebabkan aku akan bangun pukul 6.00 a.m seperti sedia kala.Dah lewat tu memang kelam kabut mandi kemudian pergi solat subuh dekat surau.Pukul 6.45 a.m.. "Delta! masuk barisan!!!" tension sungguh aku dengan perkataan tersebut. Pukul 7 dah berbaris dekat padang kawad, siapa lewat, "lari dua papan!" esh,esh... seperti sediakala, nyanyi lagu Negaraku.Wira Wirawati dan Satu Malaysia.( hanya menyanyi tanpa suara :aku) tak larat la perut lapar!. okey,selesai bacaan ikrar dan doa, senaman ringan atau belajar tempur tanpa senjata atau pelajaran kawad atau senam robik atau senam seni akan dilaksanakan.Aku berasa sedikit pelik la dengan senam seni ni.hahak!
pukul 7.30 breakfast..8.30 a.m masuk kelas.Kelas CB best, kelas BK tak best, kelas KN tak sabar-sabar aku nak habis.Petang pula sama juga. pukul 2 p.m dah kena terpacak tengah padang kawad. Setiap hari aku akan menunggu malam menjelma sebab nak tidur sesangat! malam..siang...

Oh,tetiba teringat siang...LIM YEE SIANG...I'll never give up!!! =P hahaha!

No comments: