oh ya, suatu hari aku ke kedai mesra dan aku mencapai sekotak air milo yang sangat la kecil saiznya..kemudian aku berkata dengan selamber.."mahal la air milo ni..", dengan tidak diduga ada seorang hamba Allah menyampuk.."air 100 plus tak mahal lak.."
Hahaha..aku tau apa maksudmu.... ^__^'''
Aktiviti paling best dan sangat memenatkan ialah Wirajaya (khemah dalam hutan) mungkin juga tepi jalan.haha.. galas pack yang berat..dalam tu ada ponco, beras, bawang,maggi,kari ayam,sardin,sambal bilis,milo n nescafe 3 in 1 + tuna dan biskut sdn. bhd. Rasa-rasa pengalaman ni paling seronok sebab tak pernah pun camping, masa sekolah dulu teringin sangat tapi bila ada camp je tidur hotel,resort,ect.. kan tak best tu. ( orang bagi tempat selesa kau tak nak ye efa..) huhu. Kat sana mandi sungai, sejukkkk...masak sendiri, nasib baik nasi jadi,pandaikan wirawati delta masak..dah boleh kahwin bak kata cikgu An..hehehe(gatal).
Oh, malam sudah menjelma...kita tinggalkan SIANG seketika...hehe, malam wirajaya tu ada navigasi, nak cari kelapa emas, (macam hebat je namanya kan?)haha.. sampai sekarang aku tak tau pun apa motif atau jumpa ke tak kelapa emas malam tu, yang aku tau jumpa Tuan Putri yang banyak songeh..macam-macam betul dia mintak,last-last sekali Puvana menari tarian india kat beliau, best betul aku tengok,hahaha.Apa-apa pun, malam tu rasa macam satu mimpi...aku sempat baring tanpa ada sebarang lampu pun n tengok bintang-bintang kat langit..Subhanallah.. sangat cantik.. sangat banyak! tetiba teringat lagu...
"bintang terlihat terang..
saat dirimu datang..
cinta yang dulu hilang..
kini kembali pulang.."
lantas fikiranku melayang kepadanya...
siapakah...? "di hati ini, hanya tuhan yang tahu..." huhu..^^
No comments:
Post a Comment