4.26.2011

hari yang paling indah

seorang lelaki yang benar-benar dapat menikmati hidupnya berkata: " Sebenarnya, hari yang paling indah ialah hari ketika kita mampu menguasai dan mengawal dunia".
Bukan sebaliknya..hari yang paling indah adalah hari ketika kita sanggup mengawal nafsu dan selera kita, dan kita tidak tunduk hingga menjadi rendah dan hina.

Hari-hari yang paling indah dan mengesankan hidup aku ialah:

*Ketika aku dapat menguasai diri aku dari keraguan sama ada boleh atau tidak.

*Ketika aku ragu antara amalan yang mendapat pujian orang dan amalan yang langsung tidak mendapat sebarang pujian, dan juga tidak diketahui orang lain, lalu aku lupakan pujian itu dan memilih amalan yang orang lain tidak tahu.

*Ketika aku mempunyai banyak duit, sedangkan hati aku tidak merasa kedamaian, kemudian aku memilih tidak punya apa-apa daripada hati yang resah berterusan.

*Ketika aku menerima sesuatu yang sedikit tanpa menyedari apa yang telah aku lakukan, dan jika aku terima banyak, puji dan syukur kepada Allah.

Dan hari yang paling indah ketika aku dapat memberikan sesuatu kepada makhluk Allah sehinggalah dia berasa senang dan gembira dengan pemberianku.

Sesungguhnya hari ini tidak ada apa-apa yang istimewa,
aku bersyukur kerana masih mampu berdiri, berlari
masih bernafas dan berfikir dengan dengan waras
dan masih punya hati untuk mengasihi....




No comments: