4.05.2011

kerja jugak la..hehe

Semenjak dua menjak lepas tamat zaman budak-budak sekolah ni kan, ramai la kawan-kawan akan tanya;

"kau buat pe sekarang?"
" kau kerja pe?"
"kau tak ambil lesen ke?"
"kau dah kahwin ke?" 

hahaha..banyak la kau..itu adalah soalan-soalan cepu gangsa yang biasa bak kata Abby Fana eh.
aku yang bosan terperap je dalam rumah macam anak dara (memang la!!).
ada tanya abah nak kerja abah kata okeyh...tapi jauh la abah taknak hantar..okeyh..

kesimpulannya.."tak payah la kerja..duduk rumah tolong ibu ye.."

sekarang bila kawan tanya je aku jawab... "duduk rumah habiskan beras lah" =P

eh, kadang-kadang aku sedar duduk rumah ni bukan goyang kaki je la.Pagi-pagi bangun pergi belakang tengok selonggok baju, aku cuci.. guna mesin tapi bukan yang masuk kan dan tekan-tekan siap untuk disidai, bukan yang tu...ni mesin semi-auto kena bilas-bilas lepas pusing, semua pakai kudrat sendiri, aku tanya ibu kenapa tak beli yang auto je mesin basuh ni, ibu cakap "auto cepat rosaklah! nak kena beli lain nak kena repair kan membazir duit tu.." okey......

tika tengah hari menjelma..matahari terpacak atas kepala, (mungkin ada di antara rakan-rakanku yang masih enak diselimuti mimpi) hahaha...tu la penangan online sampai dua tiga pagi. biasa la balas dendam kalau dulu zaman stay up baca fizik kimia bio~baca sekejap dah mengantuk..tak sampai 5 minit..(=.=) sekarang mengadap komputer belajar IT la konon-konon~ tujuh ke lapan jam pun tak pe... (@____@)'' ..

oh ya..berbalik kepada ceritera~ sebagai anak gadis yang masih sedar akan kegadisan dan juga turut memasang impian untuk mendirikan rumah tangga mungkin 5 atau 6 tahun lagi..(angan-angan di tengah hari =P ) kena la bersiap sedia tahu hal-hal kerja kat dapur ni. Ha! ambil tahu macam mana nak masak nasi,okey okey yang tu dah lepas, plkn ada ajar..haha..=D

dah agak-agak nak petang, kerja aku buat air untuk ibu dan abah bagi melengkapkan minum petang sekali dengan dinner diorang,paling pro buat teh susu, abah cakap kalau effa buat memang "kaw" la, ibu cakap tu sebab teh nyer banyak, pesan ibu.."effa..jangan letak banyak-banyak teh tu..membazir" yela..yela.. malam tak makan da jaga kesihatan,abah cakap, tak nak gemuk nanti tak nampak muda...weee~

malam pun menjelma~ lepas solat isyak selalu melukis.. potret ke, atau apa-apa yang boleh nampak bahawa  itu adalah lukisan walaupun orang lidi, hehe, orang lidi pun cantik eh ^_^

ini salah satu lukisan yang entah la cantik ke tak..apa-apa pun aku suka bunga mawar~ kalau nak mengorat sila la kirim banyak-banyak..hahaha n_n''


mula-mula kena lakar guna pensel ye,
eh dah siap warna kelopak dia.hehe ^.^







hampir siap..nak buat daun dan batang dia agak susah,
kena campur warna hijau muda,hijau tua,coklat,kuning,
banyak warna nak kena main.


waa, dah siap! tanggal 04/04/11.
cantik kan tarikh tersebut.
^_^

*berus yang sangat halus amat diperlukan untuk mendapatkan hasil lukisan yang mantap.Harap maklum.

"okey,saya bukan pelukis yang bagus"
hee~

.:sebelum mengakhiri post kali ini, mari kita renungkan firman ALLAH yang bermaksud;

"Berdiam dirilah kamu di rumah kamu"
(surah Al-Ahzab:33)

kepada para wanita yang mulia, sentiasalah berada di dalam rumahmu kecuali kerana urusan yang penting.Sesungguhnya maruah, kebahagiaan,kemuliaan,ketenangan dan kesantunan dapat dipelihara dari perosak di luar sana. =)

oh...patutlah ibu selalu cakap, anak dara tak elok keluar merayau-rayau...

6 comments:

Anonymous said...

Wahh,suka2 =D
cntk bunga 2
klau zul wt mmg msok tong r jwbny nnty =P

merah mawar said...

zul..
suka eh? thanks.. hehe ^_^

iqbal said...

cntk nya...^^
cntk mcm tuan dia

merah mawar said...

ehee,,malu r (=_=)''

ana mutQin said...

cantik la weyhhhh...unk memg terer lukis n warna...aq lukis reti(tp dh lma x lkis since form 4)..ntah la...memng cntik...weyhhh aq suka dark rose....sng cita rose itam....try la wat..aq ni mnat mcm2 ghotic la...emo la ...korea la....heheehh

merah mawar said...

sani, terima kasih, alhamdulillah~

aku still ingat msa skola rendah dlu kau mmg suka mlukis gn aku,,hehehe..eh. dark rose? ia kan kesedihan...i'll try tp kalau dilukis tu kn cm aneh jep,haha..