sedang aku berdoa dan meminta kepadaNya
dan Dia seolah-olah menunjukkan aku jalan
dan di waktu itu juga
banyak tangan-tangan yang cuba menghalang
membuatkan hatiku resah
lalu membuntukan fikiranku
aku keliru
jalan yang mana harus kulalui?
untuk aku teruskan perjalanan ini
atau aku hanya perlu memekakkan telinga
dan membutakan mataku
lalu aku menemui jalan mati
aku juga tahu
ada sesuatu yang lebih mengetahui
iaitu tuhanku
aku hanya perlu memohon kepadaNya
dan terus percaya kepadaNya
atas keputusan yang kulakukan ini
agar Dia meredai setiap langkahku
dan terus memimpin tanganku
sampai ke akhir waktu.
o Allah, guide me...
No comments:
Post a Comment