4.21.2011

kuasa seorang wanita

sekali sekala ingin menyampaikan walaupun "blogger" ini seorang perempuan..  hee~

ada yang kata wanita itu lemah, berbanding kaum lelaki, tak mampu nak mengangkat bebanan yang berat seperti mereka,tapi mengapa wanita juga yang perlu melahirkan anak? sedangkan masa itu seorang ibu sedang berperang dengan maut.

pernah tak kita dengar...

"no woman no cry"

"no woman man die"

haha..macam-macam.

kuasa apa yang ada dalam diri wanita ni ha???

"pujuk rayu......"

kalau kita lihat kan, perempuan memang mahir dalam seni ini, sampaikan gara-gara pujuk rayu, ramai empayar yang dibina oleh kaum lelaki runtuh disebabkan daya pujukan.Contohnya;

1.Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2.Anthony dan Cleopetra.
3.Samson dan Delila (dari kisah nabi Sam'un a.s).
4.Abu Lahab dan Hendon.

awas kepada kaum lelaki, penuhilah iman di dadamu..sesungguhnya ujian kaum lelaki itu ialah wanita..ahaa..
Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Aku tidak meninggalkan lepasku suatu ujian yang lebih dasyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

ini pula contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama;

1.Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2.Nabi Ayub dan Siti Rahman.
3.Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

dan banyak lagi contoh orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN.

hal ni semua orang tahu, dalam dunia ini semua inginkan perkara yang cantik.Kecantikan perempuan ini juga lah yang boleh menumbangkan ramai lelaki sampai banyak yang ke arah kemaksiatan.Sebab tu dalam agama, kaum muslimah sangat-sangat perlu memelihara kejelitaan mereka supaya boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

layanan baik seorang perempuan kepada yang selayaknya, bukan saja mendapat keredaan Allah malah apa yang diminta semua akan mendapat dengan mudah.Cuba tengok bagaimana seorang ibu melayan anak-anaknya, seorang isteri melayan suaminya selagi seorang perempuan itu mentaati perintah Allah dan agamanya.

KUASA DOA PEREMPUAN

doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.Sebagaimana hadis Rasulullah saw;

"doa ibu itu lebih cepat makbul"

sahabat bertanya" mengapa ya Rasullulah?"

jawab baginda "ibu lebih penyanyang dari seorang bapa dan doa dari orang penyayang tidak akan sia-sia".

KUASA TAQWA PEREMPUAN

kuasa ini merupakan paling sempurna dan terbaik dalam diri seorang perempuan selagi dia masih dalam ketaatan kepada Allah.Lebih mulia lagi jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya bagaimana maksud hadis Rasulullah saw;

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)".

sesungguhnya aku bukan lah seorang wanita yang seperti Siti Fatimah, Siti Khadijah, Mariam mahupun Asiah.Namun sentiasa berusaha menjadi ke arah itu walaupun tidak sesempurna mereka.Aku juga perlukan seorang imam yang akan membawaku jalan ke syurga kelak. =) 
insyaallah...


No comments: