Setiap orang ingin mendapat kurniaan yang baik dalam dunia ini, tak kira dari segi kewangan, harta, kesihatan, tempat tinggal mahupun pasangan hidup, ye la mana ada orang nak perkara yang tak baik kan? untuk mendapatkan kurniaan yang baik tu juga mesti seiring dengan pelbagai ujian dan musibah,sebagai hambanNya kita sentiasa berusaha, meminta dan berdoa, sampai kadang-kadang rasa begitu tamak sebab tak putus-putus minta kat Dia, minta agar mendapat sesuatu yang dihajati, yang diingini,yang disukai, tapi kadang-kadang tu kita rasa Allah tak makbulkan doa kita, puas menangis dalam doa, menitiskan air mata sambil menadah tangan, Allah tetap juga tak perkenankan hajat kita.Lalu kita pun putus asa...
tidak sepatutnya, Allah sebenarnya dengar setiap rintihan hambaNya, malah dia sangat suka akan hambaNya yang sentiasa meminta minta denganNya, kadang-kadang Dia lambat makbulkan doa, itu maknanya tuhan sedang berbicara dengan kita, menguji sejauh mana tahap kesabaran, kita pun merintih, mengapa Allah menguji sebegini? apakah hikmah disebaliknya? kita tercari-cari jawapan, hari-hari berdoa, sampailah suatu ketika Allah itu perkenankan apa yang kita hajatkan,masa tu baru kita sedar betapa sayangnya Allah kepada kita, betapa Maha Mengasihani nya Dia terhadap kita.
patutkah??

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang baik
dan lebih luas daripada sabar."
(Riwayat al-Bukhari)
bersikap sabar selalunya akan membawa kebaikan dalam hati,tak de orang yang rugi jika mengamalkan sikap sabar dalam kehidupan seharian kita ni.Sesunggunya setiap manusia yang diuji tu Allah selalu ingat kepadanya, tak nak ke kita menjadi hamba yang selalu diingati olehNya? sebab dalam ujian itu jugalah Allah ingin berikan kita suatu kebaikan.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Seseiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)
pengajaran di sini,
.:Allah SWT menguji orang tertentu dengan pelbagai musibah untuk memberikan ganjaran kebaikan,oleh itu, sentiasalah bersyukur akan setiap nikmatNya =) :.
No comments:
Post a Comment