5.26.2011

bukan senang

Dalam hidup ini, setiap manusia punya matlamat, dan semestinya matlamat itu ingin dicapai, bukan hanya angan-angan mat jenin, nak kejar impian dan cita-cita, nak berjaya dengan cemerlang, semuanya perlukan usaha, pengorbanan, kesusahan, kepayahan, dan mungkin juga sedikit kekecewaan, kegagalan yang membangkitkan semula semangat,  seperti yang tertera dekat botol air aku zaman sekolah dulu.. " failure is the MOTHER OF SUCCESS" kan betul tu??? hehe.

ramai tokoh-tokoh, ahli sukan, ahli politik, ahli pemikir, bekas-bekas pemimpin kata...

''tak ada jalan mudah nak berjaya''

''nak berjaya kena susah dulu"

''kejayaan datang selepas keperitan''

peribahasa kita kata...

''berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian''

firman Allah S.W.T...

''di dalam kesulitan ada kemudahan"-quran

so, bila rasa susahnya untuk mendapatkan sesuatu, sama ada ilmu, wang, atau sebagainya
jangan mudah berputus-asa.

para cendekiawan kata...

"orang yang mempunyai ilmu yang sedikit tapi mempunyai cita-cita yang besar lebih baik daripada orang yang mempunyai ilmu yang banyak tetapi mudah berputus asa dan tidak bercita-cita''


untuk diri...

i was dreaming my goal, i was planning my goal, now i am working on my goal

(SWEAT + SACRIFICE) x PRAYERS = SUCCESS

insya-Allah...

No comments: