5.16.2011

ilmu dan guru

sekarang ni ramai orang sibuk buat persiapan nak masuk pusat pengajian tinggi, tumpang happy (n_n) bila dengar kawan-kawan cerita dapat tawaran ke matrik, universiti, ada juga yang nak sambung tingkatan 6, masing-masing punya visi dan misi tersendiri, tak kisahlah nak sambung belajar kat mana pun kan, yang penting, dalam diri kita tanamkan tekad dan semangat yang tinggi untuk jadi orang yang cerdik dan berilmu, bukan hanya semata-mata belajar untuk peperiksaan, menuntut ilmu ni kan satu ibadah, bila kita belajar kerana Allah, insyaallah segala ilmu yang kita pelajari diberkati dunia dan akhirat. =)

cuba renung kata-kata Muaz bin Jabal~

"tuntutlah ilmu pengetahuan!

menuntut ilmu kerana Allah...
...sebagai rasa takut kepadaNya

niat menggunakannya
...sebagai ibadah kepadaNya

mengingatinya
...sebagai tasbih

membahasnya secara intensif
...sebagai jihad

mengajar kepada orang lain
...sebagai sedekah

mendermakan ke tempat yang benar
...sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah


ilmu adalah alat...

...menunjukkan apa yang halal dan haram

...menjadi cahaya yang menunjukkan jalan kepada para penghuni syurga

...menjadi kawan sewaktu manusia keseorangan

...menjadi teman di kala kesunyian

...menjadi petunjuk dalam keadaan suka ataupun duka

...menjadi senjata ketika melawan musuh

...dan menjadi hiasan bagi teman-teman


dengan ilmu...

Allah mengangkat darjat sesuatu kaum sehingga Allah menjadikan mereka pelopor dalam kebaikan dan pemimpin yang diikuti.

para malaikat menyukai mereka dan menggunakan sayapnya bagi mengusap mereka,bahkan semua makhluk yang hidup dan pun yang sudah mati memohon keampunan bagi mereka,termasuklah ikan-ikan yang berada di laut,haiwan-haiwan di permukaan bumi yang buas dan yang jinak.

merenung ilmu pengetahuan sama seperti berpuasa
mempelajarinya sama seperti mengerjakan solat malam

manusia lebih memahami dan menghayati apa sahaja amalan mereka apabila ia disertai dengan ilmu, ilmu menjadikan manusia bahagia, sebaliknya tanpa ilmu manusia menjadi celaka"

(hadis laporan Ibnu Abdil Barr)



 ahaa, aku pernah terdengar, kalau kita tengah belajar contohnya di dalam kelas, masa tu azan sayup-sayup kedengaran, patutkah kita berhenti belajar waktu tu???

memang kita disunatkan untuk segera melakukan solat tapi kita diwajipkan untuk menuntut ilmu,kesimpulannya,pembelajaran perlu diteruskan kerana ianya wajip berbanding sunat menyegerakan solat,tapi awas lah jangan terlalu lewat ya..haha,

nabi Muhammad pernah berkata;

"keutamaan ilmu itu lebih baik daripada keutamaan ibadah"
(Hadis laporan al-Bazar)

"memiliki ilmu walaupun sedikit adalah lebik baik daripada banyak beribadah tanpa disertai ilmu"(Hadis laporan Thabrani)

ini bukanlah bermaksud kita tak payah solat,puasa,sedekah tapi belajar je setiap masa,bukan bukan bukan...tapi bila seseorang tu berilmu mestilah dia tahu bagaimana nak melakukan ibadah dengan sebaiknya..kan? kan? n_n

elakkan belajar macam ni...

ahai..kalau bukan muhrim jangan duduk rapat-rapat, bahaya ni...


macam tertekan...
aku harap tak jadi macam ni...
-sistematik uruskan diri masa belajar-



sehabisnya perjuangan kita yang budak lepasan SPM ni kan, perjuangan mesti diteruskan, kita juga seeloknya pelajari bahasa asing, nabi muhammad sendiri yang menggalakannya, sebab apa, pelbagai ilmu yang kita dapat dari pelbagai bahasa.

seperti mana Allah berfirman;

"di antara tanda-tanda kekuasaannya adalah kejadian langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulitmu.Sesungguhnya hal itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan"(surah Rum:22)

yeah, tak lama lagi aku kena belajar bahasa Arab, mudah-mudahan senang la berkomunikasi nanti,insyaallah...

yakin dengan diri, yakin dengan Allah
-berusaha + doa + tawakal-


bercakap tentang ilmu, siapa yang memberinya???
mestilah datangnya dari seorang guru, oh ya! esok HARI GURU !
sekarang dah tamat sekolah dah tak boleh sambut sama-sama =( tapi...yelakan, hidup ni setiap perkara tak kekal, mula-mula jadi budak tadika, pastu budak sekolah rendah, pastu pelajar sekolah menengah, nanti mahasiswa/ mahasiswi plak... pastu...?

bila teringatkan zaman sekolah dulu, aku ada dua orang cikgu yang sangat aku kasihi, aku anggap dua-dua tu macam mak sendiri, mereka tak la berumur sangat, agak-agak pertengahan gitu...dua-dua cikgu perempuan, cantik...@_@ huhu...



beliau ialah cikgu SHAHAROM & cikgu ZANISHAM ,sorang ajar BM lagi sorang ajar SCIENCE, kalau cikgu takde dalam kelas ataupun waktu rehat, aku suka pergi bilik guru cari dua orang cikgu ni, bukan buat apa pun, sekadar tanya khabar, kalau cikgu takde kat meja dia, aku akan duduk kat kerusi cikgu tunggu sampai cikgu tu datang, kadang-kadang selamber je buka buku-buku(buka rujukanlah) yang ada kat atas meja cikgu tu,pe ntah lagi kalau de makanan,bila fikir balik..aku sangat tak matang waktu tu..esk..esk..esk...tapi dua orang cikgu tu baik...cikgu Zanisham selalu tumpangkan aku balik asrama dengan kereta Citra dia, orang lain balik dengan berpeluh panasnya aku sedap sedap duduk dalam kereta air-cond, pernah satu hari terserempak cikgu tengah jalan,masa tu on the way nak pergi dewan sebab ada majlis izin ilmu sebelum PMR,aku pun tanya la "cikgu nak pergi mana?" cikgu nak pergi koop la.." dengan muka biasanye aku berkata.."cikgu, saya nak susu kotak dutch lady coklat..hehehe" habis je bersalaman dengan cikgu-cikgu kat dewan tu, cikgu tadi panggil aku sambil tunjukkan susu kotak tu,dalam hati.."aduhai..bergurau je cikgu..." waahaa...hilang dahaga aku...
cikgu Shaharom pulak cikgu Sains, oleh sebab aku minat subjek tu sekali dengan cikgu tu pun aku suka, walaupun masa form 3 dia tak ajar aku (ajar masa f1 & f2 je) aku still pergi kat dia kalau tak faham pe2 topik,setiap kali result subjek science keluar mesti aku tunjuk kat cikgu, bila tengok markah bukan main tinggi mana tak bangganye beliau kan n_n ...




teringat masa result PMR keluar, bila cikgu dapat tau dapat straight beliau terus peluk aku, wahhh...terharu cam nak nangis pun ada...sob sob sob.. ='(


 bila dah naik tingkatan 4, aku dapat tawaran ke SBP, rasa berat sangat hati nak tinggalkan sekolah tu, sebelum pindah aku pergi jumpa dua orang cikgu yang aku cakap tadi, mohon segala ampun dan maaf...
tak sangka kedua-duanya menangis semasa mendakap diriku ini,wuwu.. ahaa,, sempat bagi aku duit, sorang RM20, so hari tu aku dapat 40 ringgit...fuii..rezeki...tapi sedih ouh...hmmm...





kepada para guru...

"SELAMAT HARI GURU"

-guru jutawan akhirat-
=_=



akhiri post ini dengan pesanan abah, 
"belajar untuk jadi cerdik, bila kita cerdik, kita tak payah cari kerja, kerja yang datang cari kita"
sekian...wassalam.. =)

No comments: