4.26.2012

selamat, selamat, dan selamat buatku =)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ini aku dah berusia 19, itu bermakna dunia ini semakin hari semakin aku tinggalkan, terima kasih kepada mereka-mereka yang mengucapkan selamat selamat kepadaku,sesungguhnya tiada hadiah paling berharga dari doa yang ikhlas dari teman-teman =]

kawan-kawan yang di malaysia pun tak lupa, walaupun tak realiti tapi terima kasih atas usaha korang sekadar hadiahkan gambar, balik malaysia nanti boleh tuntut kan? hehe

terharu =')

sebenarnya ada satu perkara yang sangat buat aku bahagia pada hari ini, Ya Allah,,sesungguhnya rahmatMu sangat luas, begitu luas, dan beruntunglah pada mereka yang Kau pilih untuk Kau berikan cahaya hidayahMu.
Berita yang gembiranya adalah salah seorang sahabat aku insyaallah dunia dan akhirat telah memilih untuk memantuhi perintaNya dengan menutup mahkotanya yang sangat berharga  =)

dulu ni ramai yang dah menegur, dan aku tahu yang aku belum melaksanakan tanggungjawab itu, aku hanya mampu berdoa moga Allah buka pintu hatinya agar sahabatku ini juga memilih untuk mematuhi perintahNya, Alhamdulillah, (terasa ingin menitiskan air mata)

kepada ibu, terima kasih kerana melahirkan effa, semoga Allah mengasihi ibu sebagaimana ibu mengasihi effa
(tetiba rasa nak balik malaysia sesangat T.T)



"berakhlak baiklah sesama kamu, insyaallah mereka akan mencontohinya," =]
wassalam...

No comments: