1.31.2013

winter break

Bismillah....

masuk hari ini dah 8 hari cuti, tak sedar masa berlalu dengan cepat sekali. Mulanya hari pertama cuti dengan masalah air rumah, sinki, lepas 4 hari baru selesai, datang lagi kerja lain, sepertinya tak ada ruang untuk diri sendiri berehat.Jadi ajk untuk program tahun 1 ni ditambah pula dengan kerja menghasilkan lukisan sempena malam amal perubatan 31.1.13. Kerja disuruh last2 minit, ya Allah.... memang kalau buat seorang tu tak mampu, tapi Dia Maha Penyayang kan? Dia bagi kita kawan yang boleh tolong masa keadaan "kritikal" ni, dah tu lagi demam pula waktu2 macam ni, Alhamdulillah ada sahabat yang sentiasa ada di sisi, jaga kita kat sini.

Banyak plan yang dah dirancang sebelum cuti tapi tak terlaksana, InsyaAllah ada lagi beberapa hari yang tinggal sebelum kuliah mula ni, ada masa untuk diri sendiri, harapannya tak ada yang mengganggu.

No comments: