4.21.2013

rezeki



17-04-13

Balik dari kelas, singgah kedai buah, dah lama tengok buah jambu tu,,cam sedap je, beli la setengah kilo.
Teringin sangat nak makan, tapi… sebab petang tu kena singgah rumah kawan pulangkan barang dia, tak tau nak bagi apa,  fikir banyak kali kot nak bagi ke tak buah tu,,huhu, last2 kali bagi jugak. 

rezeki dia.

Sampai sekarang teringin nak makan tapi tak terbeli-beli. U_U


Tadi baca satu ayat quran;

“ Sampaikanlah kabar gembira bagi orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa mereka akan disediakan surga-surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, “ inilah rezeki yang diberi oleh kami dahulu” . Mereka telah diberi buah-buahan yang serupa. Dan di sana mereka ( memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya. “ –AL BAQARAH; 25

Seronok baca ayat dari surah tu, walaupun nanti boleh beli lagi, tapi nanti mesti Allah akan ganti jugak yang lagi sedap kat syurga nanti kan. ^_^
(yakin dengan janji Allah).

# jangan pandang remeh dengan perbuatan kita, Allah sedang menghitung #

No comments: