5.15.2013

untaian cintaku buat remaja

Memang masih muda,
tetapi tidak engkau tahu
bila akan ditarik nyawamu,
maka mengapa berlengah lagi?
apa menunggu ditarik ajalmu tiba-tiba nanti?

Maka semenjak kini,
pupuk kesedaran,
tinggalkan nakalnya keremajaan,
suntiklah semangat juangnya Usamah,
kental cerdasnya Al-Fateh,
biar ummat ini nanti menjadi gagah,
hasil dari hari ini kau mula bertatih.

Jangan lengah wahai remaja,
masa lapang akan tiada,
umur kan semakin tua,
tenagamu kan surut jua.

Maka hari inilah,
engkau mula bermimpi,
pasang cita-cita tinggi,
merangka strategi bermula hari ini,
mengumpul rakan-rakan bersama di atas perjuangan ini,
ikhlaskan niat kerana Ilahi,
gerakkan langkahmu,
berhentilah lena,
masa hadapan memerlukanmu,
untuk hari ini mulanya kerja.

Menjadilah dikau sebuah harapan,
bukan penyesalan,
yang bakal mengundang senyum dan tawa pejuang,
bukan penyebab naiknya para petualang.

~ Hilal Asyraf ~
1219
130513
Pulai Utama,
Johor.

No comments: