11.15.2013

untukNya.


KERANA hati itu, berbolak balik sifatnya, kerana hati itu, penuh dengan titik titik hitam dosa, kerana hati itu, tak pernah puas dengan dunia, dan dari itu, ada manusia benci dan cinta, semalam ingat dan esok lupa.

Allah ya Allah, hamba yang Kau cipta ini, tak pernah berhenti bertanya, mengapa itu mengapa ini, mengapa yang susah itu harus dihadapi, yang pahit itu harus ditelan, yang sakit itu harus dibeban.

lihat diri, lihat rupa, lihat usia, wah masih muda, masih punya daya, masih segar jiwa, masih mentah bergelar manusia, itu pun bila ujianMu tiba sudah tidak mahu lagi hidup, hidup yang terasa kosong, kosong yang tiada harap. harap pada insan,yang tidak pernah menjamin bahagia.

dalam perjalanan ini, jalan yang penuh onak duri, debu dan becak silih berganti, terkadang bertanya, yang susah payah itu apa sebenarnya? jalan ini? atau manusia itu sendiri, terkadang merenenung, terasa sesuatu, bukanlah yang susah itu pada genggaman buku dan ilmu, tapi longgarnya tangan yang menarik ke atas, melemah langkah, menjatuh ke bawah.

Allah ya Rabbi, pegang diriku jangan Kau lepas, jangan Kau tinggal walau sesaat, kuakui memang, jelas dan terang, hambaMu ini sering mungkir pada janji, dosa dan noda diulangi, diri ini kuzalami, andai Kau tak ampuni, dan Kau tak rahmati, alangkah rugi hidup ini.

Tuhan, hapuskan lah penghijab kalbu, antara Kau dan aku....... ='(

No comments: