3.21.2014

kerana dunia sekarang terlalu sakit...

Bismillah...

Sejak akhir akhir ni busy...busy kerja, busy study( study la sangat kan) busy dengar keluhan kawan, busy mengeluh sendiri, busy cari hati, cari jiwa, hati dan jiwa yang dulu dah rosak, luka, banyak bintik-bintik hitam dosa.

berita semasa sekarang, cari kapal terbang tak jumpa, MH370 hilang entah ke mana. siapa yang tahu? Dia je lah, dalam kesibukkan rakyat berdoa dengan solat hajat kat KLIA, dalam masa itu konsert loncat loncat kat Stadium Bukit Jalil, ya Allah,,, siapa yang terlibat? siapa kalau bukan remaja kita?

pulang dari kelas tadi, seorang sahabat, bercerita tentang usrah, tentang naqibah, katanya, 'Aina, kita dah umur 21 tahun. ini saatnya kita memberi, memesan dan saling menasihati, kita kena kuat, kena bina benteng yang kukuh dalam diri kita sementara ada kat bumi Mesir ni, kalau tak nanti macam mana kita nak jaga keluarga kita di Malaysia bila kita balik nanti, tengok dunia sekarang, hiburan merata-rata, kat sana biahnya tak sama dengan sini, kalau kita tak kuat, siapa nak tolong mereka kalau bukan kita sendiri, insyaallah Aina, saya yakin awak boleh,'

aku tak terkata apa, hanya mampu berdiam dan mengangguk, merenung dalam dalam kata-katanya, melihat sendiri diri ini yang penuh kekurangan, penuh dengan resah gelisah, ya Allah pegang aku semula ya Allah, pegang aku,,,sejahat jahat musuhku adalah nafsuku sendiri... =(

aku yang terlalu kecewa, kecewa dengan cinta manusia,  kecewa dengan kegagalan, sedangkan aku lupa bahawa kekecewaan ini hanya bersifat keduniaan, dunia yang tak pernah menjanjikan bahagia bagi jiwa jiwa yang merindukan syurgaNya.

teringat kata-kata seorang kakak seusrah pada petang tadi, kami sama sama membaca al-quran dan terjemahan dalam surah Al- Fateh..ayat 1-3.

"sesungguhnya Kami telah memberikan kamu kemenangan yang nyata, Agar Allah memberikan keampunan kepadamu (Muhammad) atas dosamu yang lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan menunjukimu jalan yang lurus dan Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat"


tahukah kemenangan yang nyata itu apa? apa bagimu? bagi kita sebagai seorang pelajar? seorang remaja? kemenangan lulus dalam exam? kemenangan naik tahun? kemenangan dengan peroleh biasiswa atau tajaan? kemenangan beroleh cinta manusia yang selama ini dipuja dan diidam idamkan?

kemenangan yang nyata itu adalah KEAMPUNAN Allah, alangkah ruginya kita nanti di akhirat kelak, macam mana kalau Allah tak ampunkan segala dosa kita? macam mana kalau segala amalan kita langsung tak pernah diterima? sia siakan hidup ini? sia-sia... ='(

saya berpesan pada diri, pada pembaca pembaca post ini, semoga Allah sentiasa jaga kita, pelihara kita,
jangan lupa baca surah al-Kahfi, sepuluh ayat terawal dan sepuluh ayat terakhir, jadikan amalan, kerana apa? kerana dunia kini terlalu senja, terlalu akhir, dan terlalu sakit. semoga pengakhiran hidup kita dalam keredaaan Allah, dalam kemanisan iman, dan bukan dalam lumuran dosa.

doakan saya.ampuni saya.


1 comment:

Fatin Farhani said...

Ainaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..I missss youuuu TT_TT