12.23.2009

terima kasih ya!



sebelum 2009 melabuhkan tirainya, ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung terima kasih atas penemuan yang telah menyimpulkan tali ukhwah sepanjang tahun ini.Meskipun masih segar dalam perkenalan, kalian sememangnya pernah menghiasi hari-hariku.

kepada NURUL HUSNA dan AFINI:
kalian sememangnya rakan yang menceriakan hari-hari dikala duka dan gembira, memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersasul dan ketidaksengajakan membuat hati korang terluka, sesungguhnya saya hanya insan biasa yang tak lepas dari salah dan dosa.

kepada KIMI, IZZUDIN, SYAKIR:
ahaa..kalian memang kawan yang memahami,terima kasih KIMI kerana pernah mendengar rintihan saya dan berkongsi cerita, tahniah atas kejayaan kamu sebab masih bertahan di bumi SAINA.Kepada IZZUDIN,kamu kawan yang sangat-sangat memahami, saya berdoa kamu menemui kejayaan ditempat baru nanti, kepada SYAKIR, layanan yang kamu beri sangat saya hargai.Semoga kamu dengannya bersatu kembali.

kepada AHMAD FAIZI SYAKIR:
mengenalimu sangat menyenangkan,saya berdoa agar kamu dengan dia terus bersama-sama hingga ke akhirnya.

kepada SAFWAN:
haa,adik,,adik,,terima kasih sebab hadir dikala akak sedang berduka,harap kamu menemui kejayaan dalam pelajaranmu,kamu semakin dewasa, ingat ya jangan terlalu hingga terpesong[hehe..]

kepada ZULHILMI SYAUQI:
kehadiran kamu sememangnya melenyapkan duka di hati saya, terima kasih yang tak terhingga, saya berharap semoga kamu sentiasa gembira dan berjaya dalam pelajaranmu,
sesungguhnya kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan,apa yang berlaku dan akan berlaku harap dapat ditempuh dengan hati yang redha =]


~mungkin ini post terakhir bagi tahun 2009, sebarang kesalahan dan terkasar bahasa harap dimaafi~

...semoga bertemu di lain hari...InsyaAllah~

perjuangan bakal bermula



ayuh kembali ke sekolah! ayuh kembali ke new era! [sebenarnya tak nak]..
haha, sekolah bakal bermula,oleh itu, rumah bakal saya tinggalkan mungkin untuk 1 bulan atau lebih sebab saya tinggal di asrama yang bangunannya berwarna ungu,itu dalam gambar sudah tunjuk.

2010...huh, cantik punya nombor, ini tahun SPM bakal dihadapi, tapi masih dalam keadaan kurang sedar sebab cuti 2009 ni study ala-ala macam tak mahu ambil exam,[esh..esh..]

tahun 2010 juga merupakan tahun terakhir bagi saya memakai baju sekolah putih bersama itu kain biru dan kasut hitam bertutup penuh, terakhir juga bergelar budak sekolah menengah, fuh,, habis-habis sekolah dah boleh kahwin! uisshh,,niat tak mahu lagi tapi hati gatal juga.[normal,,normal,,hormon tengah aktif]

sepatutnya SPM nanti ambil 10 subjek, baru kena dengan tahun 2010, sama kalau imbas kembali masa ambil UPSR 2005 dapat 5A, PMR 2008 dapat 8A, 2010??? waaa, tak berani nak cakap apa-apa...tinggi langit rendah bumi baru kusedar,SPM susah! saya hanya ambil 9 subjek sahaja! itu pun rasa nak hilang nyawa nak dapat semua A.

kepada teman-teman yang lahir pada tahun 1993, diucapkan semoga berjaya dalam SPM 2010[bagi mereka yang ambil la]...bagi mereka yang nak mintak biasiswa untuk lanjutkan pelajaran tu, keputusan SPM ni la yang teramat-amat penting...[saya punya target]

terima kasih kerana sudi membaca,

jika tak keberatan,doakan kejayaan saya dan rakan-rakan.

~harap maklum, kata ganti nama "aku" telah digantikan oleh "saya".[agak sopan]
sekian~ =]

12.13.2009

bimbang aku bimbang


~nie khusyuk study fizik...nak faham kena tenung buku tu sampai rasa nak berlubang~

sekarang tengah risau tahap puaka menanti saat-saat terkejut beruk menerima keputusan peperiksaan akhir tahun 2009. Rasa macam tengah tunggu biasiswa JPA yang akan menentukan hidup di kala masa tua.

Ramai dah yang tahu result mereka dengan mengview laman web SBPexcellent. Dengan hanya memasukan nombor password, ha! terpampang la huruf-huruf dan nombor-nombor yang sentiasa menghantui pelajar yang dah ambil exam.

Tanya kawan ada yang fail biology, ada yang dapat 11 markah je untuk subjek membunuh iaitu add math, ada yang dah tahu ranking, aku? ahaaks..aku tak tahu lagi sebab password tu aku lupa. Terpaksa la tunggu abang posman hantar keputusan ke peti surat rumah.

~~~~

dulu nak buat persediaan sebelum berjuang dalam exam dekat asrama:

-stay up tiap-tiap malam sampai pukul 3 4 pagi[ sampai terdengar suara perempuan menyanyi] wuuu...

-waktu riadah study dekat kantin, orang keluarkan peluh, kita penatkan otak memikir.

-jumpa senior minta soalan past year punya[ pulun, mana tahu masuk soalan sama, hah! memang ada yang sama pun] cee..jawab soalan relax pisang sebab dah hafal jawapan.huhu

cakap: aku tak pandai addmath[bukan tak pandai, cuma tak buat latihan]

untuk exam kali ni aku tulis je apa yang aku rasa nak tulis, habis semua formula aku guna.

penyakit ketika exam: lepas siap jawab soalan , aku letak kepala atas meja dan tidur..tapi aku heran kenapa aku je yang tidur waktu orang tengah bermatian jawab paper addmath.

aku: woi, gerun nyerr!! [relax aina relax, spm ada lagi..]
chayok!! =D

12.12.2009

baju orang mengandung pun kecoh


aiseh,syahir hensem betol ko posing cam tu, ter[angau] aku seminit.

hari tu, tengah belek- belek news paper dalam kelas, tetiba nampak gambar sorang minah ni dengan perutnya yang bulat macam sarung nangka, ermm..bulat macam doraemon, eh tak, macam belon.

yang tengah baca surat khabar tu budak lelaki, antaranya syahir. Ahaa..monitor yang berwibawa, berdedikasi,[puji sikit].. bertidak ada perasaan terhadap pelajar perempuan[oopss].

syahir kata "ish, dah mengandung tu jangan la pakai baju ketat-ketat"
girls lain menyampuk " habis tu nak pakai baju apa?"

"pakai la baju kurung...kan bagus tu"

"la..pakai baju kurung lagi nampak perut tu..."

aku yang duduk sebelah tu dengar je dorang bertekak, nak masuk campur rasa cam ada banyak kerja nak buat.

sebenarnya macam ni, syahir tu nak kata elok perempuan mengandung pakai la baju yang longgar-longar sikit,macam jubah ke, dress labuh ke, tapi beliau hanya kata baju kurung sebab mana la dia tahu hal-hal fesyen perempuan neh.

cakap: sekarang ramai minah-minah di luar sana pakai baju ikut shape badan,
sebab tu orang kata zaman sekarang pakai baju tapi masih telanjang,
gelojoh nafsu lelaki ajnabi tengok dua tiga kali pandang,
walau tengah mengandung pun pakai baju macam rasa terseksa je bayi yang ada
kat dalam..esh, esh...

12.07.2009

kala malam menjelma

apabila mentari berlabuh, bulan dan bintang menampakkan diri mereka, lampu-lampu berkilauan di sini sana, jembalang-jembalang keluar bersiar-siar, aku akan mula membutang mata mengadap komputer sampai rasa bosan.

keadaan diri aku akan mula tidak terurus, keserabutan otak mula berputar belit, memikirkan kerja sekolah yang tak pernah pernah siap, membayang kehidupan tahun depan yang penuh dengan perjuangan bermatian dalan peperangan[SPM ler..]

dalam tengah memasukkan input-input ilmu pengetahuan, seperti selalu, gastric juice akan mengikis-ngikis dinding perut meminta untuk diberi makanan, arhh! asal tengah malam je lapar siot. apa lagi, pergi dapur la cari apa yang ada.

setiap malam begitu la, menjadi manusia terakhir tidur dalam rumah tu, mungkin dalam komuniti kat situ, kadang-kadang tidur je kat ruang tamu sorang-sorang, kat situ la komputer,buku-buku berselerak,[macam guard pulak jaga rumah] malas masuk bilik.

nak pergi tusyen tak boleh, sebab dalam bulan ni nak pindah ke negeri lain, semakin menjadi lipas kudung susah mati la menyiapkan segala khazanah yang diwasiatkan oleh sekolah pepel untuk cuti sekolah ni.

aku: serabut, jangan kacau, nanti aku telan kang.

12.06.2009

balik kampung ler cuti-cuti neyh



cuti balik kampung tanam jagung penat penat makan keropok losong,
ganu kite punye ler..ahaks! perjalanan yang jauh, naik bukit turun bukit,
eustachian tube tak balance dah kat dalam telinga nih, sekejap pressure tinggi kejap lagi rendah, sakit jiwa la kampung jauh- jauh ni, dari penang ke kuala terengganu, penyu menangis,uhuk uhuk! [dongeng].

Tengah jalan air naik, terpaksa lah kereta abahku berenang untuk seketika meredah lautan jalan raya akibat ketengkujuhan yang melanda pantai timur neyh, selamat, enjin tak mati sebab tong oksigen telah disediakan oleh profesor dr. aaina syarfa.

teman setiaku di kampung, ayam, itik, kambing, lembu!...kesian jumpa lembu tepi jalan mati katak...[katak?] apa-apa je lah..kalau sempat korban tu kan bagus, tapi dah tak boleh, walaupun mati tapi tak sembelih, jangan makan woi!

aku: duduk kampung tenang walaupun tak de internet~ntah hapa-hapa~ =P

12.01.2009

sekolah tutup, tutup la lama-lama sikit

hmm, sekolah tutup...tension aku bila teringat masa wabak apa tu, cigu... ntah apa nya nya tak ingat tapi penyakit yang ramai gila makhluk tuhan yang demam masa tu, dah tu berangkai-rankai plak merebak ke orang lain, ingat tak ingat masa tu bulan 5 kot. Boleh dikatakan banyak la sekolah tutup sebab ramai students yang hinggap penyakit tersebut.

Dengar dengar sekolah bangunan pepel ni pun dapat arahan dari pihak kementerian untuk berhenti dari beroperasi seketika.Wah wah!!! berbintang bintang mata kami pelajar sekolah tu, [dalam hati ni dah plan nak rehat kat rumah berilex-rilex banana]ahakss!

tapi malang dah berbau pekasam, pihak atasan tetap dengan keras batunya mentidaktutupkan sekolah tu. Tension woi!

* * * * *

Sebenarnya bukan nak cakap pasal tu, tapi pasal sekolah tutup untuk cuti akhir tahun ni la, kalau dapat cuti walau kejap je pun, ibarat dapat sembahyang kat musalla la katakan.[blogger sekolah pepel tahu la]huhu~

cuti sekolah buat apa?

hmm, asal cuti je kawin, cuti je kawin, kawin je cuti...
ahaa.. yang remaja ni mesti memberatkan tulang empat kerat ni dari mengekor mak bapak pergi kenduri kawin tu kan, kan?

yang tinggal kat kawasan bandar pula, apa lagi, menyidai nyidai la kat shopping complex sambil mengusha couple-couple yang tengah berpacaran tak ingat neraka tu.Kalau yang nampak tak sesuai sikit...ahaa, ibarat kata fini[mengata ler]

ni plak bagi mereka-mereka yang muka straight A's dalam exam, 24 jam berkepit dengan buku,lagi-lagi yang nak ambil exam penting tahun depan tu.Kawan-kawan aku ramai la yang keluar mencari ilmu kat tempat tusyen untuk memahamkan diri mereka dengan subjek-subjek yang membunuh kepala otak ni.[aku tak pergi pun]

ahaa, bagi aku yang memang memerap dalam rumah, aku hanya lihat dunia luar dengan internet ja.Pagi petang siang malam menatap screen komputer yang cantik ni untuk melepaskan bosan sehinggakan aku sangat mengasihi benda yang berbentuk petak ni sebab orang yang aku suka ada "dalam ni".hehuhuhu~

aku: bosan lah, nak study tak de mood, benda ni pun aku update.. =\

sekolah tutup sebentar, kenapa tak tutup lama-lama? setahun ke,kan bagus tu-

aku lukis ni





ni berangan nak naik kereta kuda dengan kekasih, hahaha,ceh[kekasih konon!]