assalamualaikum salam lebaran =)
pertama sekali ingin meminta maaf kepada mereka-mereka yang meminta untuk melihat gambarku semasa menyambut aidilfitri, kamera rosak la sayang~ aku dah rosakkan,ehehe =P
ok,raya tiap-tiap tahun balik terengganu,bosan la,walaupun negeri tu unik kan, sebabnya sepupu tak ramai, yang ada dua, semua dah bina mahligai perkahwinan,,aku bila lagi?? haha (gatal la plak)
hidangan hari raya..erm, nasi dagang ,apakah itu? nasi yang didagangkan?untuk perdagangan?haha, apa pulak merepek ni, masakan tradisi orang sini la.Nak rasa? jemput datang rumah =)
apa lagi..tapai, pulut lepe( pulut udang/panggang),ketupat,rendang dan kuih muih..opss,lupa plak,mercun dengan bunga api,pelita,lampu liplap,hehe.last sekali duit raya.walaupun dah besar kan tapi sebab tak kerja lagi, masih orang hulur lagi,haha,bagus sungguh!
Raya ketiga balik ipoh balik, mak oii jem..sesak gila jalan,keta dah la besar-besar,orang dalamnye 1 jer,haiihh, orang banyak duit zaman sekarang kan, bertolak pukul 10 pagi sampainya pukul 3 pagi esok harinya.Macam ni besar nanti aku balik raya naik kapal terbang la, kapal laut ke, tak de lampu isyarat.kan kan? ok sambung balik,esoknya pulak balik kampung dekat Selangor, Daerah Sekinchan, tempat ramai orang-orang Jawa tu, setiap kali aku balik ada la vocab baru aku belajar, diorang omong sikit aku pun tanya apakah? apakah? apakah? hahahaha.(entah apa apa).END =)
No comments:
Post a Comment