assalamualaikum...rasa lama betul aku tak update blog ni, lama juga la rasanya aku meninggalkan kau wahai blog..bersawang dah ni, haihhh, nanti la aku vacuum ye..
nak cerita apa eh?hmm..banyak benda ni,tapi kebanyakkan dah tak ingat.Itu la, tertelan semut kot.haihh..
Haa, balik dari SAINA hari tu,Khamis 2 September.Tiket bas ke Ipoh habis, yang ada malam je, ikutkan hati nak je balik malam,tapi atas sebab jantina ni ibu tak bagi,risau sungguh la.....ishh.So,terpaksa la naik bas dari sekolah ke Butterworth.Ingat nak beli tiket bas kat situ terus ke Ipoh.Ibu tak bagi juga, suruhnya kita ni pergi rumah mak angkat( yang jaga aku masa muda-muda dulu).Dari pukul 9a.m~ sampai pukul 11a.m~.Tak pe la aku pergi rumah makcik Wati dari tunggu sorang sorang dekat terminal bas tu lama-lama,boleh juga online kat rumah dia.huhu.Lebih kurang pukul 4 juga la abah baru sampai datang ambil aku.Penat tunggu,adeihh.
Nak sampai rumah tu memang tak sempat la sebelum buka puasa.Singgah la beli makanan dekat bazaar Ramadhan,banyak aku beli.Gelojoh nafsu sungguh.Dah dekat nak berbuka singgah RnR,ramai orang...macam semut.Dah kenyang,terlentok la dalam kereta on the way ke Ipoh,mata ni pun dah berat, ketiduran gue,sampai sampai pukul 10 malam..abah ajak pergi Jusco kejap,beli baju ibu,,tension dah la ni,orang mengantuk gila.Tak pe..kita ikut je.Lepas lepas beli baju,ada la promotion jam tangan,tertarik la juga nak pergi tengok,hehe, yang bestnye...abah bagi beli satu,yess,dapat jam lagi=) POLO CLUB BRITANNIA~ suka suka,,mata yang mengantuk ni terus jadi terang menderang..hehe.
Lepas tu pulak,balik rumah,solat,online(wajib),solat wajib juga,hee,then tidur.END.titik! =)
No comments:
Post a Comment