"ya Allah...
adakah perasaan ini hanya mainan sementara?
adakah tertulis namanya untukku di Luh Mahfuz sana?
adakah aku tergolong dalam mereka yang kecewa kerana cinta?
ya Allah...
disetiap denyut nadiku,
Engkau sentiasa ada,
tapi mengapa...
setiap hembusan nafasku ada namanya...?
mengapa harus aku rasai derita ini?
ya Allah yang Maha Mengasihani...
sekiranya derita ini menundukkan hatiku kepada-Mu,
aku pilih derita dari bahagia yang melalaikanku..."
No comments:
Post a Comment